Pendidikan
Kewarganegaraan dalam Mengembangkan Kecekapan Sivik:
Sebuah Perkongsian
Pengalaman
Oleh:
Profesor
Madya Dr. Rohizani Yaakub
Pusat
Pengajian Ilmu Pendidikan,
Universiti
Sains Malaysia, 11800 Pulau Pinang
(dikutip
dari prosiding seminar internasional pendidikan kewarganegaraan,
laboratorium pendidikan kewarganegaraan UPI)
Adalah menjadi kelaziman
bagi mana-mana negara di dunia ini yang menjadikan sistem pendidikan
sebagai alat untuk menghasilkan warga negara yang diingini. Malaysia
juga tidak terkecuali. Bagi memandu ke arah merealisasikan matlamat
tersebut, sebuah pernyataan Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah
dihasilkan pada tahun 1988. Falsafah ini dengan jelas telah
menggariskan bahawa sistem pendidikan malaysia harus mampu melahirkan
warga negara yang seimbang daripada segala aspek jasmani, emosi,
rohani, dan intelek yang mempunyai kepercayaan yang teguh kepada
Tuhan.
Falsafah tersebut
diterjemahkan menjadi Dasar Pendidikan Kebangsaan (Kementerian
Pendidikan Malaysia, 1991: 1), dan matlamat pendidikan kebangsaan
ialah untuk:
- melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatupadu
- melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan dan sejahtera
- menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan dan kemajuan negara
- memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warga negara Malaysia
Sesuai dengan matlamat
tersebut, sebuah kurikulum kebangsaan yang mengintegrasikan semua
elemen yang berkaitan telah digubal. Salah satu daripada mata
pelajaran yang mempunyai objektif menggalakkan kecekapan sivik dalam
kalangan murid ialah mata pelajaran Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan.
Menelusuri sejarah
pendidikan sivik di Malaysia, laporan Razak (1956) telah menggariskan
bahawa mata pelajaran sivik sangat perlu dijadikan sebagai satu mata
pelajaran wajib untuk memberi latihan kewarganegaraan dengan
menegaskan perpaduan kaum (Zahara Aziz, 1985). Berdasarkan perakuan
tersebut dan keperluan semasa, pendidikan sivik sebagai satu mata
pelajaran telah mula diperkenalkan pada tahun 1972 (Kementerian
Pelajaran Malaysia, 2009). Perkara ini diteguhkan lagi oleh laporan
jawatankuasa kabinet (1979) yang sekali lagi memberi keutamaan kepada
mata pelajaran pendidikan sivik dengan pernyataan bahawa objektif
utama pendidikan sivik ialah menyemai, menanam dan memupuk semangat
cintakan negara. Namun, disebabkan tuntutan kemajuan sains dan
teknologi yang mementingkan pemerolehan ilmu pengetahuan, maka mata
pelajaran pendidikan sivik telah dikeluarkan daripada kurikulum
persekolahan bagi memberi laluan kepada mata pelajaran kritikal yang
lain pada tahun 1982.
Walau bagaimanapun,
setelah dilakukan semakan semula kurikulum, dan dengan keperluan
semasa, maka sekali lagi mata pelajaran pendidikan sivik dijadikan
mata pelajaran wajib bermula pada tahun 2005. Namun, kali ini
pendidikan sivik telah diberi jenama baru dan dikenali sebagai mata
pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Mata pelajaran ini
telah diperkenalkan semula secara berperingkat-peringkat, yaitu
bermula dengan tahun 4 di peringkat sekolah rendah dan tingkatan 1 di
peringkat sekolah menengah. Dengan itu, pada tahun 2009 semua murid
sehingga tingkatan 5 telah mempelajari mata pelajaran Pendidikan
Sivik dan Kewarganegaraan sebagai satu mata pelajaran wajib di
sekolah.
Matlamat utama mata
pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan ialah untuk memberi
kesadaran kepada murid tentang peranan, hak dan tanggung jawab mereka
dalam masyarakat dan negara untuk melahirkan anggota masyarakat dan
warga negara yang bersatu padu, patriotik dan boleh menyumbang ke
arah kesejahteraan masyarakat, negara, dan dunia (Kementerian
Pelajaran Malaysia, 2008).
Terdapat tiga objektif
utama yang ingin dicapai melalui pembelajaran mata pelajaran ini
yaitu mencakupi objektif pengetahuan, objektif kemahiran, dan
objektif nilai. Objektif pengetahuan mencakupi pemerolehan ilmu
berkaitan peranan dan tanggung jawab individu sebagai warga negara
terhadap pembangunan dan kesejahteraan negara. Objektif kemahiran
memberi kecekapan mendisiplinkan diri dalam setiap individu supaya
dapat bertindak ke arah pembangunan masyarakat dab negara. Objektif
nilai pula merangkumi usaha memupuk warga negara yang boleh bertindak
berdasarkan pengetahuan dan kemahiran sivik yang dipelajari. Hal ini
termasuklah melahirkan individu yang sentiasa bersyukur dan berbangga
menjadi warga negara Malaysia, sebuah negara berdaulat.
excuseme, can I have the original Prosiding, pdf for example, I need it for my action research...thank you..
BalasHapus